Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1947 dengan nama ‘Sungai Kepayang School’. Bangunan pertama sekolah ini beratap rumbia dan berdindingkan kulit kayu meranti. Penubuhan sekolah ini adalah atas kesdaran penduduk-penduduk di Daerah Kecil Bakong yang ketika itu telah menyedari bahawa mereka telah jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Ini adalah disebabkan oleh penjajahan dan Perang Dunia Kedua.
Pada tahun 1948, sekolah ini telah dipindahkan ke satu tapak di atas sebuah bukit yang berdekatan dengan Sungai Bakong dan Pekan Beluru. Sejak itu, sekolah ini dinamakan “Beluru Central School”.
Semasa pertukaran aliran bahasa penghantar dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, maka nama sekolah ini pula turut bertkar nama daripada “Beluru Centrl School” kepada “Sekolah Rendah Kerajaan Beluru Central”. Sejak akhir tahun 1987 nama sekolah lebih dikenali sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Beluru nsahaja dan sekarang sebagai “Sekolah Kebangsaan Beluru Central”.
Pada tahun 1989, sekolah ini dipindahkan ke tapak asalnya dekat Sungai Kepayang berdekatan dengan Sekolah Menengah Bakong. Kini sekolah ini mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang lengkap seperti bekalan air, telefon dan elektrik serta mempunyai bangunan-bangunan konkrit.